Aktiviti Perniagaan

Tanpa mengabaikan kebajikan anggota, KPD menceburi pelbagai industri berkaitan. Anak-anak syarikat diletakkan di bawah tiga syarikat induk yang menjuruskan kepada pelbagai industri. Syarikat induk ditubuhkan bagi tujuan menyeragamkan serta mengembangkan sayap KPD dalam dunia perniagaan.

KLI Group Sdn Bhd

Ditubuhkan pada 27 Julai 1994 yang menjurus kepada industri perkhidmatan. Syarikat ini terlibat menguruskan ketiga-tiga hotel milik penuh KPD (KL International Hotel & City Park Hotel) dan bas persiaran.

KL International Hotel

Lokasi
Terletak di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur - menara baru (new wing) meliputi 18 dan 25 tingkat dan jumlah bilik sebanyak 370 buah. Manakala menara lama (old wing) mempunyai 12 tingkat dengan 90 bilik.

Kemudahan
 

Menara baru "New Wing" mempunyai 370 bilik, dilengkapi dengan lobi , Dewan Utama yang boleh memuatkan 300 orang / 500 orang (susunan theatre), ruang mesyuarat /bilik acara, Arked, Coffeehouse untuk 250 orang, Gimnasium, semua bilik (standard and suites) dilengkapi dengan kemudahan "minibar"
Menara lama "old wing" mempunyai 90 bilik dengan Coffeehouse, 3 jenis bilik - Deluxe, Standard dan Family, semua bilik dilengkapi kemudahan teh dan kopi, "Minibar" , TV / Video.

 
 
City Park Hotel
 
Lokasi
Terletak di Lorong Haji Hussein Satu, Kuala Lumpur - mempunyai 128 bilik ( 10 tingkat).

Kemudahan
Semua bilik dilengkapi dengan hawa dingin, bilik air , TV warna dan telefon IDD . Sesuai untuk mereka yang mempunyai 'budget' yang ketat.
 
 
KOP Mantap Berhad
 
Ditubuhkan pada 19 Januari 1993 yang terlibat dalam industri seperti Pemegang Pelaburan Saham, Hartanah, Komputer, Keselamatan, Petroleum, industri penerbangan, Pembinaan dan Pendidikan dll.
 
 
Nusawi Holdings Sdn Bhd
Ditubuhkan pada 4 April 1994.