SKIM TAKAFUL KELUARGA BERKELOMPOK (MANFAAT KEMALANGAN & KEMATIAN)

1. SIJIL TAKAFUL DAN PERJANJIAN

1.1     Faedah/manfaat Skim Takaful Keluarga Berkelompok kemalangan           kematian adalah sebagaimana jadual di bawah :-

   
 
 
   
   
 
   
 

   
 

   
2. PENDAFTARAN KEAHLIAN SKIM TAKAFUL
   
2.1     Kelayakan menyertai skim takaful ini adalah terbuka kepada semua           anggota Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad :-

          2.1.1     Semua anggota Polis termasuk kakitangan awam dalam                         pasukan Polis dan kakitangan KPD yang menjadi                         anggota Koperasi Polis.

          2.1.2      Peyertaan dibuka kepada semua anggota dan ahli                          keluarga (pasangan dan anak-anak anggota) yang                          berumur diantara 6 bulan sehingga 65 tahun.

          2.1.3     Memenuhi Borang Pemohonan Keanggotan.

          2.1.4     Menjelaskan bayaran sumbangan takaful (premium) secara                         bulanan / tahunan.

          2.1.5     Permohonan penambahan unit ini mestilah dibuat ketika ahli                         masih dalam perkhidmatan sahaja dengan menggunakan                         Borang Permohonan Keahlian. Maksimum unit yang                         dibenarkan hanyalah 6 unit sahaja.

2.2    Bahagian Insuran KPD akan memastikan data/maklumat lengkap          penambahan / pemberhentian ahli-ahli diserahkan kepada pihak          insurans Takaful Malaysia pada bulan berikutnya yang telah          dikuatkuasakan pada bulan sebelumnya.

2.3    Ahli-ahli yang permohonan mereka diluluskan untuk menyertai skim          ini akan dibekalkan dengan risalahserta tatacara permohonan          tuntutan oleh pentadbir urus skim PARADIGM INTELLIGENCE          SDN. BHD. (kemudian daripada ini disebut sebagai PISB) .

   
3. SUMBANGAN TAKAFUL (PREMIUM) 
   
3.1     Koperasi Polis akan mengurus segala arahan potongan caruman           sumbangan takaful (premium) bulanan skim takaful ini bagi pihak           ahli-ahlinya yang masih berkhidmat, sementara untuk ahli-ahli yang           telah bersara, KPD hanya akan melanjutkan perlindungan ahli           selepas menerima bayaran sumbagan takaful (premium) sepenuhnya.           Walaubagaimanapun, pembayaran sumbangan takaful (premium)           ini hendaklah diibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh sumbangan           takaful (premium) terakhir luput. Kegagalan melaksanakan           pembayaran mengikut tempoh yang ditetapkan akan           mengakibatkan keguguran keahlian skim/plan ini dan tiada manfaat           akan dibayar.

3.2     Bagi skim takaful ini, tarikh kuatkuasa perlindungannya           adalah pada bulan permohonan diluluskan dengan KPD           akan membuat arahan potongan gaji ahli baru dan unit tambahan           pada bulan ke 3 selepas permohonan diluluskan. Pembayaran penuh           kepada Takaful Malaysia akan diterima pada bulan ke 4  selepas           potongan.

          (Contoh : Sekiranya seorang ahli yang diluluskan menyertai skim                             ini pada 15 Januari, kuatkuasa tempoh perlindungan                            adalah bermula dari 1 Januari(digenapkan sebulan                            sumbangan takaful), walaubagaimanapun perlindungan                            hanya berkuatkuasa bermula 15 Januari. Arahan billing                            adalah untuk gaji bulan Mac dengan mengambilkira                            potongan bulan Januari dan Februari. Pembayaran                            kepada Takaful Malaysia pada bulan April)
           
3.3     Sekiranya berlaku sebarang pemberhentian potongan caruman            sumbangan takaful (premium) skim takaful ini, maka :-

          3.3.1     Satu arahan potongan caruman baru akan dibuat berserta                         dengan tunggakannya.

          3.3.2     Sekiranya potongan caruman tidak dapat dilaksanakan                         disebabkan potongan sedia ada melebihi 50%, maka ahli                         akan diutuskan surat makluman dan dinasihatkan berhenti                         menjadi ahli takaful dengan sebarang tunggakan                         sumbangan takaful (premium) akan ditolak dari jumlah                         yuran.

          3.3.3     Bagi ahli-ahli yang terhenti potongannya atas sebab tidak                         layak meneruskan keanggotaan KPD, maka sebarang                         tunggakan caruman akan ditolak dari yuran ahli setakat                         mana pendahuluan caruman telah didahulukan oleh KPD.

          3.3.4     Bagi mana-mana anggota atau ahli-ahli skim yang pernah                         menerima manfaat pampasan/tuntutan dari skim,                         sumbangan takaful (premium) mesti tetap dijelaskan                         sepenuhnya (digenapkan setahun).

3.4     Bagi ahli-ahli yang telah bersara dan masih ingin meneruskan            keanggotaannya hendaklah:-

          3.4.1     Memaklumkan terlebih dahulu persetujuan untuk                         meneruskan keahlian sekurang-kurangnya 3 bulan                         sebelum tarikh persaraan

          3.4.2     Tanpa persetujuan yang di atas, ahli adalah dianggap tidak                         berminat untuk meneruskan keahlian skim ini dan                         keahlian mereka akan ditamatkan pada tarikh persaraan.

          3.4.3     Sumbangan Takaful (premium) penuh tahunan bolehlah                         dibayar dengan kiriman wang pos / cek / tunai dan bayaran                         ini hendaklah dibuat sebelum caruman dibuat oleh KPD ke                         pihak Takaful.

          3.4.3     Ianya boleh juga dibuat dengan ahli memberi kebenaran                         menolak jumlah caruman dari baki yuran anggota.

   
4.  PENAMATAN/PEMBERHENTIAN KEAHLIAN TAKAFUL
   
4.1    Penamatan keahlian Skim Takaful ini adalah secara automatik           sekiranya :-

          4.1.1     Seseorang ahli atau ahli keluarga tanggungannya genap                         berumur 65 tahun atau

          4.1.2     Bersara, berhenti atau menamatkan/ditamatkan daripada                         Perkhimatan/Jabatan Polis atau KPD atau Organisasi                         yang berkaitan kecuali bagi mereka yang memohon                         secara bertulis 3 bulan sebelum bersara untuk                         meneruskan keahlian mereka serta menjelaskan                         premium tahunan disamping mengekalkan keahlian                         koperasi.

          4.1.3     Tertakluk kepada kelayakan menjadi anggota Koperasi Polis.

          4.1.4     Bagi pasangan/anak-anak anggota keahlian mereka adalah                         tamat secara automatik sekiranya ahli anggota utama                         berhenti menjadi ahli skim.

          4.1.5     Pihak Koperasi akan memastikan sebarang penamatan bagi                         yang bersara perlu diselaraskan jika telah menerima                         manfaat dari skim takaful yang disediakan pada tahun                         tersebut.

4.2    Ahli-ahli yang belum bersara dan masih berkhidmat boleh           menamatkan keahlian takaful mereka dengan menghantar surat           permohonan menamatkan keahlian dengan syarat :-

          4.2.1     Ahli tidak terikat dengan pinjaman tanpa penjamin di KPD.

          4.2.2     Tarikh kuatkuasa penamatan takaful adalah 2 bulan ke                         hadapan yakni setelah arahan pemberhentian caruman                         takaful terlaksana.

4.3    Bagi anggota-anggota yang akan bersara, satu surat makluman akan          dihantar kepada anggota 6 bulan sebelum genap usia persaraan.          Anggota hendaklah memberi maklumbalas berhubung dengannya.          Sekiranya tiada maklumbalas diterima daripada anggota, KPD akan          menganggap anggota berkenaan tidak lagi berminat untuk          meneruskan keahlian takafulnya dan penamatan sebagai ahli takaful          akan dibuat dengan caruman premium terakhir adalah pada bulan           persaraan.

          4.3.1     Bagi mana-mana anggota yang pernah menerima                         manfaat pampasan/tuntutan dari skim ,caruman premium                         mesti dijelaskan sepenuhnya (digenapkan setahun).

          4.3.2     Bagi mana-mana anggota yang tidak pernah menerima                         sebarang bentuk manfaat pampasan/tuntutan dari skim,                         caruman premium dihentikan pada bulan terakhir potongan                         gaji iaitu pada bulan persaraan.

   
5.  TEMPOH PERLINDUNGAN
   
Perlindungan Skim Takaful Keluarga Berkelompok (Manfaat Kemalangan dan Kematian) ini berkuatkuasa selama 24 jam samada dalam masa bertugas ataupun tidak dan meliputi seluruh dunia kecuali negara-negara yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
   
6. PENGECUALIAN PERLINDUNGAN
   
6.1    Membunuh diri untuk tempoh tahun yang petama bagi kesemua           penyertaan baru. Bagi ahli sedia ada (anggota lama skim takaful           terdahulu) pengecualian ini tidak terpakai.

6.2    Penyalahgunaan dadah atau alkohol, atau sebarang kecacatan atau          kelemahan fizikal, melahirkan anak atau keguguran, mengandung

6.3    Kecacatan asli/sedia ada atau sebelum tarikh penguatkuasaan oleh          pihak takaful.

6.4    Penerbangan, peluncuran, atau sebarang jenis penerbangan di          udara selain dari sebagai juruterbang, anak kapal kabin atau          penumpang bertambang biasa syarikat penerbangan yang diiktiraf          atau perkhidmatan sewa khas.Pengecualian ini tidak terpakai          sekiranya aktiviti tersebut dilakukan semasa menjalankan          arahan/kewajipan sebagai seorang anggota polis.

6.5    Peperangan (tidak kira peperangan diisytiharkan atau tidak ) atau          operasi peperangan, penaklukan, perlakuan musuh luar,          permusuhan, perang saudara,pemberontakan, kekacauan awam          kerana menyangka adanya kebangkitan ketenteraan, kebangkitan          kuasa, penentangan, ketenteraan atau rampasan kuasa atau          sebarang perlakuan Orang Yang Dilindungi yang bertindak bagi          pihak atau berhubungan aktif dengan sebarang organisasi yang          bertujuan mengguling mana-mana kerajaan secara paksa atau          mempengaruhinya melalui keganasan atau kekerasan;          Pengecualian ini tidak terpakai sekiranya aktiviti tersebut dilakukan          semasa menjalankan arahan/kewajipan sebagai seorang anggota          polis.

6.6    Sebarang Perbuatan yang menyalahi undang-undang. Pengecualian          ini tidak terpakai sekiranya aktiviti tersebut dilakukan semasa          menjalankan arahan/kewajipan sebagai seorang anggota polis.

6.7    Perbuatan Sendiri atau Perbuatan Percubaan mengancam sama ada          secara siuman atau tidak. Psikotik, gangguan mental atau          saraf(termasuk apa-apa neurosis dan manifestasi fisiologi dan          psikomatiknya);

6.8    Penyakit AIDS atau HIV disebabkan perbuatan tidak normal (cara          hidup luar tabii). Pengecualian ini tidak terpakai sekiranya ianya          dijangkiti menjalankan tugas ataupun mengikut arahan kerja sebagai          seorang anggota polis.

6.9    Penaklukan melalui permusuhan kuasa-kuasa asing samada          peperangan diisytiharkan ataupun tidak, peperangan saudara,          pemberontakan bersenjata oleh angkatan tentera, perebutan          kuasa atau sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang.          Pengecualian ini tidak terpakai sekiranya aktiviti tersebut dilakukan          semasa menjalankan arahan/kewajipan sebagai seorang anggota polis.

6.10  Orang Yang Dilindungi melibatkan diri atau mengambil bahagian di          dalam sukan musim sejuk, bola sepak profesional, polo, perlumbaan          kuda berhalangan, memburu, mendaki gunung, sebarang jenis          perlumbaan kecuali yang berjalan kaki, penggunaan mesin          pertukangan kayu atau gergaji bulat, menyelam aqualung, menyelam          skuba, tinju, hoki ais, perlumbaan kenderaan, terjun menggunakan          payung terjun, kembara dalam gua, motorbot,'show jumping',          gelungsur air dan pertunjukan, gusti termasuk judo, karate atau          pertarungan tanpa senjata dan berperahu layar di luar kawasan          perairan;Pengecualian ini tidak terpakai sekiranya aktiviti tersebut          dilakukan semasa menjalankan arahan/kewajipan sebagai seorang          anggota polis.

6.11   Sebarang penyakit yang berlaku secara langsung atau tidak          langsung, disebabkan atau diakibatkan oleh bahan senjata nuklear,          pengionan, radiasi atau kontaminasi akibat radioaktiviti dari sebarang          bahan api nuklear atau sisa nuklear dari proses pembakaran bahan          api nuklear. Semata-mata untuk tujuan pengecualian ini,          pembakaran termasuk sebarang penyimpanan-tenaga semasa          proses pembelahanatom.Pengecualian ini tidak terpakai sekiranya          aktiviti tersebut dilakukan semasa menjalankan arahan/kewajipan          sebagai seorang anggota polis.

6.12   Sebarang keganasan termasuk keganasan bio dan keganasan          bahan kimia. Untuk tujuan di sini, kelakuan keganasan termasuk          tetapi tidak terhad kepada penggunaan kekerasan atau keganasan          dan/atau ancaman mana-mana orang atau sekumpulan orang          samada secara bersendirian atau bagi pihak atau berhubungan          dengan sebarang organisasi atau kerajaan, komited bagi tujuan          politik, agama, ideologi atau tujuan serupa termasuk niat untuk          mempengaruhi mana-mana kerajaan dan/atau mengakibatkan          ketakutan kepada orang awam atau mana-mana golongan          awam.Pengecualian ini tidak terpakai sekiranya aktiviti tersebut          dilakukan semasa menjalankan arahan/kewajipan sebagai seorang          anggota polis.

6.13   Ketenteraan atau servis lautan semasa peperangan samada          diisytiharkan atau tidak atau ketika menerima arahan bagi operasi          peperangan atau pemulihan aturan awam. Pengecualian ini tidak          terpakai sekiranya aktiviti tersebut dilakukan semasa menjalankan          arahan/kewajipan sebagai seorang anggota polis.

Sekiranya terdapat percangahan maksud terdapat didalam batasan ini hendaklah dirujuk kepada kontrak induk dimana ianya adalah muktamad.
   

7.   CARA-CARA MEMBUAT TUNTUTAN, DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN DAN SYARAT-SYARAT KHAS TUNTUTAN

   

7.1        Kematian Biasa

          7.1.1        Borang Pernyataan Tuntutan Yang siap diisi sepenuhnya        

          7.1.2        2 Salinan Kad Pengenalan Mendiang (yang disahkan)

          7.1.3        2 Salinan Sijil Kematian (yang disahkan)

          7.1.4        Laporan Perubatan

          * Semua perbelanjaan bagi mendapatkan salinan              dokumen-dokumen di atas adalah tanggungan ahli atau              pewaris.

7.2        Kematian Kemalangan

          7.2.1        Borang Pernyataan Tuntutan Yang siap diisi sepenuhnya 

          7.2.2        2 Salinan Sijil Kematian

          7.2.3        2 Salinan Laporan Polis

          7.2.4        2 Salinan Laporan Post Mortem (Jika Perlu).

          7.2.5        2 Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Beranak Waris-waris.

          7.2.6        Laporan Doktor

          * Semua Perbelanjaan bagi mendapatkan dokumen-              dokumen di atas adalah tanggungan ahli atau waris.

7.3        Tuntutan Manfaat Keilatan Kekal / Separa Kekal

          7.3.1        Borang Pernyataan Tuntutan Yang siap diisi sepenuhnya 

          7.3.2        2 Salinan Kad Pengenalan Orang Yang Dilindungi

          7.3.3        2 Salinan Laporan Doktor / Perubatan.

          7.3.4        2 Salinan Laporan Polis (jika keilatan akibat kemalangan)

          7.3.5        Laporan Doktor

7.4        Penghospitalan dan Cuti Sakit Sepenuhnya Akibat Kemalangan Sahaja

          7.4.1        Borang Pernyataan Tuntutan Yang siap diisi sepenuhnya 

          7.4.2        2 Salinan Sijil Cuti Sakit (Asal dan salinan yang disahkan) -                            kesemua sijil cuti sakit yang diterima akan disahkan oleh                            pihak pembantu tadbir skim yang dilantik Syarikat                            Takaful Malaysia Berhad iaitu PMCare Sdn. Bhd.                            (kemudian daripada ini disebut sebagai PMCare)

          7.4.3        2 Salinan "Discharge Note/Ward Chit” atau sebarang                            penyata/bil hospital

          7.4.3        2 Salinan Laporan Doktor / Perubatan (jika kes melebihi                            RM 500)

          7.4.4        2 Salinan Laporan Polis (jika berpunca dari kemalangan)
           

7.5        Syarat-syarat khas tuntutan Skim Takaful Keluarga Berkelompok
              (manfaat kemalangan & kematian) adalah seperti berikut;-

          7.5.1        Sebarang permohonan tuntutan adalah melalui KPD yang                            kemudiannya akan menyalurkan permohonan tersebut                            kepada pentadbir urus takaful yang dilantik Syarikat                            Takaful Malaysa Berhad iaitu Paradigm Intelligence                            Sdn. Bhd. (kemudian daripada ini disebut sebagai PISB)                            untuk tujuan proses dan seterusnya pembayaran.

          7.5.2        Bagi tuntutan pembayaran manfaat cuti sakit, tempoh                            menunggu 7 hari ”7 days deferment period” tidak                            dikuatkuasakan. Walaubagaimanapun, pihak Takaful                            Malaysia boleh dan akan menguatkuasakan syarat tersebut                            jika diperlukan dengan memberi notis yang berpatutan                            kepada Bahagian Insuran KPD.

          7.5.3        Bagi pembayaran manfaat kematian (biasa, sakit dan                            kemalangan), pihak Takaful Malaysia akan mengeluarkan                            cek pampasan seperti berikut;-

                           a)      Manfaat khairat kematian mengikut jumlah mengikut                                     unit yang diambil kepada pihak PISB sebagai                                     ”reimbursement” bagi manfaat tersebut yang telah                                     dibayar/didahulukan oleh PISB kepada pihak KPD bagi                                     memenuhi syarat 48 jam sepertimana termaktub dalam                                     perjanjian tahap perkhidmatan.

                           b)      Sebarang cek pampasan manfaat kematian dikeluarkan                                     atas nama waris sepertimana dinamakan di dalam                                     borang tuntutan.

                           c)      Sebarang cek pampasan kematian akan hanya                                     dikeluarkan atas nama KPD apabila dimaklumkan oleh                                     KPD di borang tuntutan bagi kes-kes tertentu.

                           d)      Kesemua cek pampasan perlu dihantar dan diterima                                     oleh Bahagian Insuran, Koperasi Polis.

                           e)      Sebarang permasalahan atau tuntutan cek pampasan                                     secara  langsung dari pihak waris ahli, akan dirujuk                                     kembali ke Bahagian Insuran, Koperasi Polis.
 
7.6        Sebarang pembayaran manfaat kematian akan di tolak/di selaraskan              dengan sebarang tunggakan sumbangan takaful (premium) bulanan              (jika ada).

   

8. TEMPOH MEMBERI NOTIS TUNTUTAN / LAPORAN KEMALANGAN

   

8.1        Prosedur Tuntutan

  1. Langkah 1 - Ahli / Waris / AJKKD / Ketua Jabatan perlu kemukakan notis tuntutan / maklumat awal kepada koperas/Takaful Malaysia dalam masa 30 hari dari tarikh kemalangan.
  2. Langkah 2 - Ahli / Waris / AJKKD / Ketua Jabatan perlu kemukakan dokumen dalam masa 3 bulan (tempoh maksimum) selepas keluar hospital.
        Nota : Jika perkara (a) dan (b) di atas tidak dipatuhi, tuntutan boleh                   ditolak oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

   

9. LAIN-LAIN PERKARA

   

9.1        Pengesahan menjadi Ahli Takaful
              Setiap anggota koperasi yang telah diterima menyertai Skim               Takaful Keluarga Berkelompok(manfaat Kemalangan & Kematian)               ini akan dibuat pengesahan secara bersurat dan dibekalkan dengan               risalah penerangan oleh pihak KPD.

9.2        Pertukaran No. Polis / Jawatan / Pangkat / Alamat
             Sebarang perubahan ataupun pertukaran berhubung perkara d atas              hendaklah dimaklumkan dengan segera kepada Koperasi Polis              DiRaja Malaysia Berhad supaya segala kerumitan yang mungkin              timbul dapat dielakkan.

9.3        Jika Timbul Pertikaian
             Setiap pertikaian yang timbul atas sebarang sebab hendaklah terlebih              dahulu dirujuk semula kepada ‘Kontrak induk’ Skim Takaful              Keluarga Berkelompok (manfaat Kemalangan & Kematian) yang              disimpan di pejabat Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad.

9.4        Hak Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad
             Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad mempunyai hak untuk              menamatkan Pelan Takaful Skim Takaful Keluarga Berkelompok              (manfaat Kemalangan & Kematian) mana-mana ahli anggotanya              dengan memberi notis tidak kurang daripada 14 hari daripada tarikh              tamat secara bersurat kecuali Perkara (4.1.3).

9.5        Tunggakan / Hutang Sumbangan
             Setiap ahli Pelan Takaful ini yang didapati mempunyai tunggakan /              hutang sumbangan yang disebabkan oleh potongan tidak dibuat              ataupun potongan terhenti ataupun atas sebarang sebab,              dikehendaki menjelaskan tunggakan tersebut apabila dituntut              dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh surat tuntutan.Jika              gagal, pihak Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad mempunyai hak              untuk menyelaraskan / memotongnya sama ada melalui Yuran /              Simpanan / Peruntukan Khas / Pinjaman / Gaji atau daripada lain-lain              sumber kewangan ahli tersebut.

9.6         Segala pembayaran sumbangan takaful (premium) TIDAK akan               dikembalikan semula apabila berhenti.

9.7        Segala dokumen perubatan mestilah dikeluarkan oleh Pegawai              Perubatan yang bertauliah dan diiktiraf oleh Kerajaan