Skim Insurans yang ditawarkan oleh KPD

KOP PERUBATAN KPD

1.
Pendahuluan
   
KOP Perubatan KPD ini diujudkan oleh KOPERASI POLIS bagi membiayai bil-bil perubatan yang dikenakan oleh Hospital-hospital Kerajaan ataupun Swasta. Sebagaimana yang diketahui umum perbelanjaan rawatan di Hospital Swasta adalah tinggi tetapi perkhidmatannya adalah pantas dan memuaskan. Manakala bagi Hospital Kerajaan pula terlalu sesak dan memakan masa yang lama untuk mendapat rawatan. Kadangkala terpaksa menunggu giliran berbulan-bulan untuk membuat sesuatu pembedahan. Justeru itu satu Skim Insurans Perubatan telah diujudkan khas untuk Ahli-Ahli Koperasi Polis ,Anggota-Anggota Polis, Kakitangan Awam PDRM, Kakitangan KPD, anak syarikat serta ahli keluarga, yang dinamakan "KOP PERUBATAN KPD".
   
   
2.
Apakah Peranan Koperasi Polis?
   
Koperasi Polis bertindak sebagai wakil kepada ahli-ahlinya untuk berakad dengan Syarikat Insurans bagi melindungi ahli-ahlinya.
Di samping itu Koperasi Polis juga bertindak sebagai Pencadang, Pemegang Polisi, Mengurus, Mendaftar, Mengeluarkan Surat / Kad Pengesahan menjadi Ahli, Mendahulukan Bayaran Premium Bulanan, Memproses, Mengemukakan Dan membuat Bayaran Manfaat Insurans yang diterima daripada Syarikat Insurans kepada ahli-ahlinya atau waris yang berkenaan.
   
   
3.
Kelayakan Menyertai Skim ini.
   
 

3.1

Ahli Ahli Koperasi Polis

   

3.2

Semua Anggota Polis Termasuk Kakitangan Awam Dalam Pasukan Polis

   

3.3

Suami / Isteri / Anak Kandung/Tiri/Angkat.Jika anak angkat mestilah

  didaftarkan mengikut undang-undang Malaysia
   

3.4

Kakitangan KPD

   

3.5

Kakitangan Anak Syarikat KPD dan Syarikat Usahasama dan KPD
   

3.6

Umur di bawah 56 tahun

   

3.7

Memenuhi Borang Permohonan
   

3.8

Menjelaskan Bayaran Premium Bulanan / Tahunan

 

Anak yang belum berkahwin berumur antara 15 hari -19 tahun genap.Sekiranya anak masih belajar di IPT sepenuh masa dan belum berkahwin,umur tidak melebihi 23 tahun.Kad pelajar/surat pengesahan IPT mesti disertakan

 
 
4.
Cara-cara Bayaran Premium Bulanan / Tahunan
   
 

4.1

Melalui Potongan Gaji Bulanan / Tahunan Atau

4.2

Bayaran Secara Tunai / Cek / Wang Pos secara tahunan.

  (Sila lihat Jadual Premium Di Sebelah)
   
   
5.
Kuatkuasa Keahlian Insurans
   
 
5.1 Semua borang permohonan yang diterima dengan teratur akan
ditentukan tarikh kuatkuasa berdasarkan tarikh potongan / bayaran dibuat atau atas budibicara Koperasi Polis
 
   
6.
Skim Ini Akan Tamat Secara Automatik Sekiranya Seseorang
  Ahli Termasuk Ahli Keluarga / Tanggungannya:
   
 

6.1

Genap Umur 60 Tahun Atau

 
6.2 Bersara, Berhenti Atau Menamatkan / Ditamatkan daripada

perkhidmatan Polis/Jabatan Polis Atau KPD Atau Organisasi Kecuali bagi mereka yang bersara serta masih ahli KPD yg memohon secara bertulis 3 bulan lebih awaluntuk meneruskan keahlian insurans mereka dan disahkan oleh Koperasi

   
   
7.
Tempoh Perlindungan
   
  Perlindungan Skim Insurans ini berkuatkuasa 24 Jam meliputi di seluruh dunia kecuali negara yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Kos pembiayaan diluar negara perlu ditanggung sendiri oleh ahli terlebih dahulu dan kemudian boleh dituntut semula melalui Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad tertakluk had polisi dan Ringgit Malaysia.Liabiliti AXA Insurance adalah terhad kepada jumlah Caj Kebiasaan bagi rawatan yang sama dalam Malaysia
   
   
8.
Pengecualian Perlindungan
   
 
8.1 Tempoh menunggu 30 hari pertama daripada tarikh kuatkuasa insurans,
  tidak dilindungi oleh Skim ini kecuali kes kemalangan.
   
8.2 Semua penyakit yang berkaitan sakit puan, kehamilan, keguguran,
  kelahiran,atau berkaitan dengannya, AIDS, Dadah, Kelamin, Alkohol dan yang bertentangan dengan undang-undang negara.
   
8.3 Semua Penyakit sediaada, Kritikal atau khusus dikecualikan
  perlindungannya untuk 12 bulan pertama kecuali kes melibatkan kemalangan. Penyakit khusus adalah seperti berikut:-
   

8.3.1

Batu Karang Dalam Sistem Pundi Kencing Dan Hempedu

   

8.3.2

Darah Tinggi Dan Kardiovaskular

8.3.3

Katarak

8.3.4 Semua ketumbuhan / sista / nodul polip sebarang jenis
termasuk ketulan dibuah dada

8.3.5

Keadaan nasal yang memerlukan pembedahan

8.3.6 Tonsil yang memerlukan pembedahan, ketidaknormalan

septum nasal atau Turbinat

8.3.7

Hernia, Buasir & Fistula

8.3.8

Kencing Manis Melitus

8.3.9

Gastrik dan Ulser Duodenum

8.3.10

Endometriosis dan Adenomiosis

8.3.11

Kolesistis, Kolelitiasis, Kalkulus di organ kencing

   
   
9.
Cara-cara Mendapatkan Rawatan
   
 

Jika seseorang ahli ingin mendapat rawatan kemasukan Hospital, ahli tersebut mestilah : -

   
 

9.1

Mengenal pasti Hospital yang ingin dimasukki

   
9.2 Tunjukkan kad keahlian dikaunter pendaftaran Hospital panel skim
   
9.3 Sekiranya surat Jaminan tidak diterima oleh mana-mana Hosptial atas
  sebarang sebab, sila buat bayaran dahulu dan kemukakan bil bayaran yang asal untuk tuntutan kepada Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad.
   
9.4 Sekiranya sebarang rawatan kecemasan diperlukan samada
  disebabkan oleh sakit biasa / kemalangan dan tidak perlu kemasukan Hospital pembiayaannya terhad kepada jumlah faedah yang telah di tetapkan. Bil tuntutan asal bolehlah dikemukakan kepada Koperasi Polis
   
   
10. Cara-cara Membuat Tuntutan
   
 

10.1

Bil Tuntutan Yang Dibayar Sendiri

10.1.1

Bil tuntutan Dan Resit Bayaran Asal Hospital

10.1.2

Laporan Perubatan lengkap di majukan kepada Koperasi Polis

   

10.2

Tuntutan Elaun Harian (Hospital Kerajaan Sahaja)

     
  10.2.1 Nota / Surat Pengesahan masuk dan keluar Hospital

 

Kerajaan beserta dengan catatan doktor mengenai penyakit yang dirawat (jika salinan mestilah disahkan oleh Ketua Jabatan)

   

10.3

Tuntutan Elaun Bersalin

     

10.3.1

Salinan Sijil Kelahiran yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan

   

10.4

Tuntutan Pampasan Kematian Kemalangan

     

10.4.1

Salinan Sijil Kematian yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan

   
   
11.
Tempoh Notis Tuntutan
   
  Setiap tuntutan mestilah dimajukan kepada Koperasi Polis dengan kadar segera dan tidak lewat daripada 2 bulan daripada tarikh rawatan.
   
   
12. Jadual Faedah
   
 
a. Perkhidmatan Hospital
RM

I)

Bilik Penginapan / makanan di hospital (Maksimum sehingga 120 hari)

125 Sehari

II)

Bilik Rawatan Rapi (Maksimum sehingga 30 hari)

250 Sehari

   

b.

Perkhidmatan Professional

I)

Kos Pembedahan

Seperti caj dan Gabungan Jumlah Had Keseluruhan tidak melebihi RM 25,000

II)

Kos Pakar Bius

III)

Kos Bilik Pembedahan

IV)

Kos Rawatan Perubatan sebelum kemasukan ke hospital
(Maksimum 30 hari sebelum Kemasukan)

V)

Rawatan & Perkhidmatan Harian

VI)

Kos Pelbagai Rawatan

VII)

Kos Lawatan Doktor ketika berada di hospital
(maksima 120 hari)

   

c.

Kecemasan / Lain-lain Perkhidmatan

I) Rawatan Lanjut selepas keluar dari hospital

200 Sehari

(Dalam tempoh 90 hari daripada tarikh keluar hospital)

II)

Rawatan Kecemasan Pesakit Luar akibat kemalangan
(dalam jangka waktu 24 jam)

1,750

III)

Rawatan Kecemasan Pesakit Luar akibat sakit biasa
(antara 12.00 tengah malam - 6.00 pagi)

500

d.

Faedah Sampingan

I)

Kos Perkhidmatan Ambulan

200

II)

Elaun Harian Hospital Kerajaan Sahaja
(Maksimum sehingga 150 sehari)

80 Sehari

III)

Faedah Kematian akibat kemalangan

6,000


JUMLAH TAHUNAN KESELURUHAN

50,000

PREMIUM BULANAN

PELAN

AHLI
BUKAN AHLI

A: Ahli

RM 16.00 -

B: Ahli dan suami / isteri

RM 35.00 -

C: Ahli dan anak-anak

RM 58.00 -

D: Ahli dan keluarga
(Suami/Isteri & anak-anak)

RM 77.00 -

*Syarikat Insurans hanya akan meperlindungkan setakat had polisi sahaja. Jika tuntutan melebihi had polisi, jumlah lebihan tersebut hendaklah dijelaskan oleh Ahli sendiri kepada hospital berkenaan.
   
   
13. Lain-lain Perkara
   
 

13.1

Pengesahan Menjadi Ahli Skim

Setiap ahli yang telah diterima menyertai Skim ini akan dibekalkan dengan surat pengesahan, Kad Keahlian dan risalah penerangan.

   

13.2

Pertukaran No. Polis / Jawatan / Pangkat / Alamat

Sebarang perubahan ataupun pertukaran berhubung perkara di atas hendaklah dimaklumkan dengan segera kepada Koperasi Polis.

   

13.3

Jika Timbul Pertikaian

Setiap pertikaian yang timbul atas sebarang sebab hendaklah terlebih dahulu dirujuk kepada POLISI INDUK KOP PERUBATAN KPD YANG DISIMPAN di Bahagian Insurans Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad.

   

13.4

Hak Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad

Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad mempunyai hak untuk menamatkan Skim Insurans mana-mana ahlinya dengan memberi notis tidak kurang daripada 14 hari tarikh notis secara surat 'Berdaftar' mengikut alamat terakhir di Koperasi kecuali perkara (7.1)

   

13.5

Tunggakan / Hutang Premium Insurans

Setiap ahli Skim Insurans ini yang didapati mempunyai tunggakan / hutang premium insurans yang disebabkan oleh potongan tidak dibuat ataupun terhenti atas sebarang sebab dikehendaki menjelaskan tunggakan tersebut apabila dituntut dalah tempoh satu (1) bulan daripada surat tuntutan. Jika gagal pihak Koperasi Polis akan menyelaraskannya sama ada melalui Yuran / Simpanan Khas / Pinjaman / Gaji atau daripada lain-lain sumber kewangan ahli tersebut ataupun menamatkan keahlian insurans tuan / puan serta merta.

   

13.6

Bayaran Premium Bulanan

Segala bayaran premium bulanan / tahunan ahli tidak akan dikembalikan semula apabila ahli berkenaan berhenti menjadi ahli Skim ini.

   

13.7

Angggota Yang Bersara

Anggota yang bersara boleh meneruskan keahlian insurans ini sehingga umur 60 tahun dengan syarat bayaran premium dibayar sekaligus secara tahunan dan berterusan menjadi ahli Koperasi dan memaklumkan kepada KPD 3 bulan sebelum bersara.

   

13.8

Dokumen Perubatan

Semua dokumen perubaran mestilah dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan yang bertauliah dan diiktiraf oleh Kerajaan dan kosnya ditanggung oleh ahli berkenaan sendiri.

   

13.9

Kad Gantian

Sebarang Permohonan gantian kad baru atas apa sebab sekalipun, ahli Skim ini di kehendaki menjelaskan yuran kad baru berjumlah RM 5.00.

   

13.10

Keahlian Semula

Setiap ahli yang berhenti daripada skim ini boleh menyertainya semula bila-bila masa tertakluk kepada syarat-syarat polisi sebagai ahli baru.

   

13.11

Faedah Polisi Dan Premium

Pihak Koperasi berhak meminda sebarang peraturan polisi, faedah, premium dan sebagainya apabila timbul keperluan untuk kepentingan ahli.

   

13.12

Keahlian Keluarga

Keahlian keluarga yang dimaksudkan dalam skim ini terdiri daripada ahli, suami / seorang isteri, anak kandung/angkat/tiri.Jika anak angkat mestilah didaftarkan mengikut undang-undang Malaysia Sekiranya lebih daripada seorang isteri bolehlah diinsuranskan di bawah kategori perseorangan.

   

13.13

Pertambahan Anak

Untuk Pelan (C) dan (D) setiap pertambahan anak hendaklah dimaklumkan kepada Koperasi dengan kadar segera dan disertai dengan salinan sijil kelahiran/ kad pengenalan.Kuatkuasa perlindungan tertakluk pengesahan/polisi